Jumat, 09 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

AlhamduliLLAH. Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas nikmat yang diberikan kepada kita dan Selawat dan Salam ke atas Junjungan RasuluLLAH S.A.W. yang menjadi contoh dan ikutan kita sepanjang zaman.

Melangkah sahaja kita melangkah bulan Mei setiap tahun, mengingatkan kita kepada insan yang dipanggil "Guru", kerana semuanya bermula daripada "Guru". Dalam kesempatan ini, saya yang diamanahkan menerajui Jabatan PASTI Negeri Sabah, mengalu-alukan cadangan dan teguran untuk menambah-baik pengurusan PASTI negeri Sabah.

"Selamat Hari Guru", dikhususkan kepada semua guru-guru PASTI negeri Sabah. Segala pengorbanan para guru, mudahan dibalas Allah S.W.T dengan ganjaran yang berganda-ganda di dunia dan di akhirat.

Harapan Jabatan PASTI negeri Sabah menyedari bahawa, Guru adalah ibarat ibu bapa, pemudahcara, dia adalah contoh dilihat setiap hari, tutur katanya penuh dengan hikmah dan berkat.

Mudah-mudah guru-guru PASTI negeri Sabah dapat mengubah paradigma ke extra-ordinari dalam perancangan pengurusan bilik darjah, agar memenuhi tema Hari Guru Peringkat Negeri Sabah, "Guru Cemerlang, PASTI Terbilang".

Sekian, Wassalam. Allahu Akbar!, Allahu Akbar!, Allahu Akbar!